“Saya Tak Reda Dan Tak Terima Perkahwinan Dengan Ira” – Ibu Minta Syamsul Yusof Jangan Munafik

Hiburan

“Saya Tak Reda Dan Tak Terima Perkahwinan Dengan Ira” – Ibu Minta Syamsul Yusof Jangan Munafik

Ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail meminta anak lelakinya itu jangan bersikap munafik susulan daripada pendedahan terbaru mengenai pernikahan kali kedua bersama Ira Kazar di Thailand, semalam.

Patimah yang dihubungi Harian Metro berkata, dia mengetahui segala konflik dan masalah dalaman rumah tangga anaknya itu sebelum ia mula tular di media sosial.

Advertisement

Puteri Sarah
1 year ago

"Puteri Sarah Masih Isteri Saya" - Syamsul Yusof Sahkan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar

Tambah isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam itu lagi, dia tidak merestui dan reda dengan perkahwinan kedua Syamsul bersama Ira.

Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin.

Katanya lagi, sebelum ini anaknya tidak mengaku sudah berkahwin dengan Ira dan menjelaskan akan menyaman mereka yang berbuat fitnah (mengenai perkahwinan kedua itu).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Namun, hari ini dia mengesahkan segala-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu.

Patimah dalam pada itu ada memuat naik hantaran baru di Instagram di mana dia memohon yang terbaik kepada kedua cucunya yang kini bersama Puteri Sarah Liyana.

“Semoga Allah gantikan ‘Ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya” tulisnya di media sosial.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...