“Saya Tak Rasa..” – Sufian Suhaimi Perjelas Dakwaan Putus Tunang Dengan Rania

Hiburan

“Saya Tak Rasa..” – Sufian Suhaimi Perjelas Dakwaan Putus Tunang Dengan Rania

Penyanyi dan pelakon, Sufian Suhaimi tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan dia sudah pun putus tunang dengan wanita pilihan, Rania Al Sadat.

Sebelum ini, Rania dan Sufian dilihat sudah tidak mengikuti akaun media sosial Instagram masing-masing malah wanita itu turut memuat naik petikan berbaur sedih.

Advertisement

Dalam petikan itu, Rania memetik sifat-sifat lelaki yang baik antaranya yang mementingkan agama.

Dia yang dihubungi media memaklumkan hubungannya bersama Rania baik-baik sahaja.

Kami okay je. Saya tak rasa posting Rania ada kena mengena dengan hubungan kami.

Terdahulu, kedua-duanya maju selangkah dalam hubungan cinta setelah Sufian menghantar rombongan merisik sekitar hujung tahun lalu.

Sufian juga memaklumkan bahawa mereka berdua merancang untuk bernikah pada tahun ini namun masih tiada tarikh muktamad bagi tujuan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sufian suhaimi
9 months ago

Muat Naik Status Sedih, Unfollow Satu Sama Lain, Sufian Suhaimi Dah Putus Tunang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...