Isu kontroversi Kak KM baru-baru in tentang kehilangan wang tunai berjumlah RM10K serta tiga bag berjenama mewah dalam pesawat telah menarik seorang bekas pramugara untuk tampil memberi pandangannya terhadap perkara tersebut.
Melalui video yang dimuatnaik di TikTok, bekas pramugara syarikat penerbangan terkenal iaitu Atif Zul ini berkata penumpang yang membeli hot seat itu sepatutnya merupakan antara yang pertama menaiki pesawat namun dalam kes Kak KM ini, dia mencurigai usahawan itu terlewat yang menyebabkan bagasinya diletakkan di belakang pesawat.
Kalau penumpang hotseat, anda antara penumpang pertama yang menaiki pesawat. Jadi ruang simpanan barang sepatutnya masih kosong. Tapi Kak KM kata dah tak ada tempat nak letak beg maksudnya dia adalah penumpang yang lewat.
Saya tak rasa krew yang buat. Tapi ini adalah sindiket yang sering berlaku.
@atifzul Replying to @user7jns5qxppw ♬ original sound – Atif Zul
Tambahnya, kehilangan wang tunai itu kemungkinan besar bukanlah kesalahan krew, sebaliknya kecuaian Kak KM sendiri. Menurutnya, bagasi mewah yang dibawa itu barangkali telah menarik perhatian mereka yang terdesak hingga berlaku pencurian.
Pada masa yang sama dia juga menafikan adanya teknologi CCTV dalam pesawat seperti yang disangka oleh Kak KM terdahulu. Kamera hanya ada dipintu kokpit untuk kapten melihat siapa yang masuk ke dalam kapal sahaja, ujarnya.
Kata Atif, dia menasihati penumpang yang menaiki pesawat agar meletakkan bagasi di ruangan simpanan yang bertentangan supaya dapat mengawasi bagasi mereka dengan mudah.