“Duit Boleh Cari, Kepercayaan Tu..” – Wang Tunai RM10K & Bag Berjumlah RM16K Lesap Dalam Pesawat, Kak KM Panas Hati

Hiburan

“Duit Boleh Cari, Kepercayaan Tu..” – Wang Tunai RM10K & Bag Berjumlah RM16K Lesap Dalam Pesawat, Kak KM Panas Hati

Hangat dibicarakan tentang usahawan sensasi Kak KM yang telah hilang wang tunai sebanyak RM10K dan beberapa bag berjenama ketika berada dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta, Indonesia dua minggu lepas.

Melalui perkongsikan Instagram story baru-baru ini, Kak KM menceritakan bagaimana dirinya menemui bagasinya seperti telah dicungkil dengan benda tajam dan mendapat tahu bahawa wang tunai dan tiga buah bag berjenama yang dianggarkan berjumlah RM16K telah lesap ketika berada dalam pesawat.

Advertisement

Saya bukan kecewa dengan duit, duit boleh cari, kepercayaan tu.

Mestilah mereka ada rakaman CCTV. Saya nak tahu bagaimana kejadian tu boleh berlaku. Pelik sebab macam dah dirancang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liana Rosli (@lianarosli_official)

Tambahnya lagi, dirinya telah mencurigai bahawa perkara ini sudah dirancang dengan individu tertentu memandangkan situasi yang agak menghairankan bagi Kak KM. Katanya, dia telah membeli tiket penumpang hot seat yang sepatutnya telah menyediakan ruangan bagasi tepat di atas tempat duduknya tetapi ternyata bagasinya itu diletakkan di bahagian belakang pesawat.

Bukan itu sahaja, usahawan ini juga menyatakan rasa kecewa dengan syarikat penerbangan tersebut yang kelihatan seperti mahu lepas tangan dengan kes ini. Kata Kak KM, dirinya tidak mahu perkara ini didiamkan oleh pihak mereka kerana hal tersebut bukanlah sesuatu yang kecil memandangkan ia melibatkan jumlah wang yang banyak.

kak km
5 months ago

Netizen Dah 'Fed Up' Nasihat Kak KM Imej Seksi - "Tegur Pun Dah, Tunggu Jela Pengakhiran Dia Nanti"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...