Meskipun dirinya sering menjadi tumpuan netizen dan mendapat pelbagai kecaman namun Baby Shima tetap tidak mempedulikan apa yang katakan.
Baginya, dia mahu terus melakukan perkara yang disukai di media sosial dan salah satunya adalah menari namun tegasnya, perkongsiannya bukanlah bertujuan untuk tarik perhatian atau kecaman.
Kata Shima lagi, dia hanya menari biasa sahaja tetapi pasti akan ada yang kritik dan selepas itu makin ramai turut serta bersama-sama kecam.
Apabila ditanya tentang imej seksi digayakannya, Shima menyebut tentang selebriti-selebriti lain yang berpakaian lebih menonjol darinya tetapi tetapi dipuji oleh netizen.
Tambah Shima, selebriti itu semua tayang dada, punggung dan sampai ada yang nampak seluar dalam tapi segelintir netizen suka dan memuji penampilan mereka.
Beberapa orang artis lebih seksi daripada saya, tapi segelintir netizen ‘wah you slay’. Saya yang tak pernah tayang lurah dada, punggung tapi maki hamun dengan perkataan kesat.”
Ujarnya, meskipun sudah selalu dikecam oleh netizen di media sosial tetapi dia masih boleh bersabar. Disebabkan itulah, Shima dikenali dengan sikap ‘kalis kecaman’ dalam kalangan warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.