“Kau Wanita Pembawa Bala, Aku Yakin Tempat Kau Neraka” – Baby Shima Tetap Tersenyum Respon Pada Komen Netizen

Hiburan

“Kau Wanita Pembawa Bala, Aku Yakin Tempat Kau Neraka” – Baby Shima Tetap Tersenyum Respon Pada Komen Netizen

Nama penyanyi Baby Shima sering menjadi bualan hangat netizen di media sosial gara-gara pemakaiannya yang selalu dikritik serta isu-isu lain.

Dia juga pernah mengeluarkan kenyataan seolah-olah ‘menyindir’ ahli agama kerana tidak membantah konsert di Kelantan sepertimana mereka mengecam apa yang dilakukan oleh Shima.

Advertisement

3 bulan lalu

"Bila Orang Lain Senyap Pula.." - Baby Shima Tak Puas Hati, PU Syed Diamkan Diri Isu Konsert Di Kelantan

Terbaru, penyanyi itu telah tampil memuat naik sebuah video menjawab dakwaan netizen yang menganggapnya ‘koyak’ kerana telah memadam komen.

Berdasarkan screenshot komen yang dimuat naik bersama video tersebut, individu itu menuduh Shima sebagai wanita pembawa bala.

B*bi Shima kenapa delete komen, koyak ke. Kau wanita pembawa bala, aku yakin tempat kau neraka buat selama-lamanya sial.”

Shima yang sememangnya dikenali dengan sikap ‘kalis kecaman’ itu tampil bersuara dan berkata dia tidak memerlukan komen negatif daripada individu itu di ruangan komen media sosialnya.

Respon Shima itu mendapat sokongan dan reaksi positif daripada netizen di mana ramai yang mengkritik individu terbabit kerana kata-katanya.

Mereka mengecam individu terbabit kerana sesuka hati ‘buat kerja Tuhan’, menjatuhkan hukum sama ada seseorang itu ke syurga atau neraka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 28, 2022 at 7:51 am

    sementara muda ni je, tua sikit lagi bernanah laa telinga nk panggil baby hahahah

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...