“Saya Tak Pernah Ambil Masa Orang..” – Didakwa Tak Disiplin Ketika Kerja, Erysha Emyra Mohon Maaf Atas Kekurangan

Hiburan

“Saya Tak Pernah Ambil Masa Orang..” – Didakwa Tak Disiplin Ketika Kerja, Erysha Emyra Mohon Maaf Atas Kekurangan

Baru-baru ini, pelakon dan pempengaruh Erysha Emyra memohon maaf setelah didakwa tidak berdisiplin dan bersilap sambil lewa setelah bergelar artis.

Lambat memuat naik konten

Isu tersebut mula menjadi perhatian apabila aktres baru ini dikatakan tidak berdisiplin ketika mengikuti trip ke luar negara dan lambat memuat naik posting yang telah dipersetujui penganjur.

Advertisement

Namun, bagi Erysha dia hanya lambat beberapa minit jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih lambat.

Iye ke? Setahu saya, saya tak pernah pun ambil masa orang lain atau biarkan orang tunggu lama. Kalau lambat pun, mungkin hanya lima minit sahaja. Kalau nak kata lambat, ada orang lain yang lebih lambat daripada saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erysha Emyra (@eryshaemyra)

Risau dianggap tak sensitif

Sementara itu, Erysha juga menjelaskan dia pernah terlewat menghantar kerjanya itu kerana tertangguh akibat isu peperangan di Palestin yang menjadi keutamaan ketika itu. Katanya, dia tidak mahu dianggap tidak sensitif kerana memuat naik hantaran yang tidak berkenaan dengan isu berkenaan.

Erysha bagaimanapun mengakui khilafnya menangguhkan kerjanya terlalu lama dan memohon maaf kepada pihak yang terlibat.

Memang betul saya terlewat untuk muat naik entri dalam media sosial. Sepatutnya, selepas balik trip ke luar negara, saya kena buat posting. Tapi memandangkan masa itu isu Palestin sedang hangat, saya dan pengurusan memutuskan untuk tangguh dahulu.

 

Bila sudah berada di lokasi saya memang tak boleh buat kerja lain. Dalam masa sama, bapa saya pula meninggal dunia, jadi saya memang tak boleh nak fokus. Jika ada mana-mana pihak terasa, saya minta maaf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erysha Emyra (@eryshaemyra)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tony
8 months ago

"Bila Jadi Bidan Terjun, Mereka Tak Tahu Selok Belok.." - Tony Eusoff Bersyukur Tiada Pengalaman Buruk Dengan Pelakon Baru

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...