“Bila Jadi Bidan Terjun, Mereka Tak Tahu Selok Belok..” – Tony Eusoff Bersyukur Tiada Pengalaman Buruk Dengan Pelakon Baru

Hiburan

“Bila Jadi Bidan Terjun, Mereka Tak Tahu Selok Belok..” – Tony Eusoff Bersyukur Tiada Pengalaman Buruk Dengan Pelakon Baru

Pelakon Tony Eusoff mengakui masih belum ada pengalaman buruk bekerja dengan pelakon baru semasa di set penggambaran dan sebaliknya memuji bakat mereka yang terserlah ketika berlakon.

Pelakon berjiwa besar

Menurut Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph, dia kagum dengan kebolehan pelakon-pelakon muda yang pernah bekerjasama dengannya seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Mierul Aiman.

Advertisement

Katanya, mereka sentiasa memberikan yang terbaik ketika berlakon dan percaya mereka akan menjadi pelapis yang bakal berjaya meneruskan legasi industri lakonan.

Saya bernasib baik, setakat ini pelakon baharu yang pernah bekerjasama dengan saya semuanya terbaik. Mereka ini antara pelapis yang berjiwa besar dan mereka mengambil berat mengenai kerja mereka.

 

Saya juga pernah dengar cerita dari kawan-kawan ada influencer yang bermasalah tapi setakat ini saya bernasib baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff)

Mereka baru belajar

Pada masa yang sama, Tony berkata dia memahami sekiranya ada yang terkurang daripada influencer dalam dunia lakonan itu. Menurutnya, ia terjadi kerana kebanyakan daripada mereka tiada mempunyai asas dalam berlakon.

Namun begitu, aktor ini turut menasihati mereka yang ingin menceburi bidang lakonan ini agar sentiasa terbuka untuk belajar dan mencari pengalaman.

Secara logik, kebanyakan influncer ini tiada latar belakang berlakon, mereka tiba-tiba jadi pelakon, jadi apabila jadi bidan terjun mereka tidak tahu selok belok.

 

Sebenarnya banyak benda teknikal yang kita kena belajar sebelum kita berlakon. Kalau kita tengok televisyen, tengok orang berlakon macam senang sebab yang profesional sahaja boleh menampakkan ia macam senang.

 

Sebab mereka mempunyai bertahun-tahun pengalaman, macam orang bersukan berlatih jadi juara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

elisya sandha
2 months ago

"Nasihat Kakak Yang Saya Pegang Ialah..." - Elisya Sandha Dedah Pesanan Fasha Sandha Buatnya Ketika Mahu Mula Jadi Pelakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...