Tidak mahu terus mengeruhkan keadaan, pelakon Oktovia Manrose yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Aliff Aziz akhirnya tampil mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka kepada Bella Astillah.
Oktovia berkata, beliau sedar apa yang berlaku adalah kekhilafan dari diri sendiri dan memang sepatutnya beliau tidak harus keluar dengan suami orang.
Jelasnya lagi, tindakan beliau berbalas kenyataan dengan Bella sebelum ini adalah kerana terkejut dan tidak tahan dengan provokasi serta kecaman netizen.
Pada masa yang sama, Oktovia berharap kemelut rumah tangga pasangan ini dapat diselesaikan dengan baik.
Terdahulu, Bella menerusi akaun Instagramnya mendedahkan Aliff curang buat kali kedua apabila mendapat maklumat daripada satu sumber mengatakan suaminya sedang berhibur di sebuah kelab malam bersama Oktovia yang ketika itu sedang mabuk. Bagaimanapun, Oktovia menafikannya dan meminta Bella memuat naik bukti menunjukkan Aliff ke kelab malam bersamanya.

Kinokuyaniya
February 28, 2019 at 10:22 pm
Keluar dgn suami org normal tambah2 time keje. Title tu tak kena. Ni rasanya ‘bergomol’ dgn suami org. Saye selalu keluar mkn dgn suami orang time lunch. 2org ppuan dlm dept. Kadang dia tak dtg, outstation keluar la dgn lelaki. Kadang keluar dgn member cina laki. No hal. Laki saya pun paham.
Bawang baru
February 28, 2019 at 3:17 pm
Bella pun salah. Dulu buat kiki challenge tak ingat dunia.. menari terkinja bg laki semua tgk. So memang padan la laki hg pun p kot lain. Hg pun x jga maruah. Yg oktavia nak mintak maaf pasai pa. Dia single dan blh kuaq dgn sapa saja. Si alif yg salah x sedar diri tu dh kawin