Siapa yang tidak kenal dengan usahawan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang sering kali terpalit dengan kontroversi kerana kaedahnya mempromosikan produk yang agak ‘berani’.
Kerap kali dikecam oleh warganet, Kak KM menerangkan bahawa setiap video promosi yang dilakukan olehnya adalah berkaitan dengan produk-produk yang dijual.
Memetik laporan GEMPAK, Kak KM turut menyatakan barangan yang dijual memang berasaskan perihal dalaman wanita dan tidak mengendahkan kata-kata negatif yang dilontarkan kepadanya.
Saya memang tak kisah apa orang nak kata sebab bukan saya bogel (ketika merakamkan video promosi produk). Kalau nak kata lucah ke apa, kita memang jual barang untuk dalaman perempuan. Kalau saya pakai kebaya pun orang dah cop saya lucah.
Tambahnya lagi, dia bukan seseorang yang suka berkias dalam mempromosikan produk yang dijual kerana mesej lebih mudah disampaikan dengan cara berkenaan.
Tapi mungkin juga cara saya sampaikan sesuatu itu terlampau straight to the point. Saya tak pandai cover-cover. Takut orang tak faham pula.”
Sekadar info, Kak KM sebelum ini pernah dikecam bersama-sama dengan Ifa Raziah kerana bergelek sakan di sebuah majlis akikah.