“Saya Tak Nampak Depan Mata, Tapi Diberitahu” – Rozita Che Wan Beri Penjelasan Isu Pelakon Berimej Alim Ajak Ambil ‘Barang Terlarang’

Hiburan

“Saya Tak Nampak Depan Mata, Tapi Diberitahu” – Rozita Che Wan Beri Penjelasan Isu Pelakon  Berimej Alim Ajak Ambil ‘Barang Terlarang’

Pelakon jelita, Rozita Che Wan tampil memberi penjelasan mengenai pendedahannya tentang seorang selebriti wanita yang didakwa mengajak pelakon baru untuk mengambil barang terlarang.

Ujar Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu, perkara tersebut tidak berlaku depan mata namun dimaklumkan individu lain kepada dirinya.

Advertisement

Saya tak nampak depan mata, tapi saya diberitahu, ada yang mengadu dekat saya. Jadi, saya sebenarnya bukan nak buka aib orang, saya cuma nak nasihatkan artis muda, yang mana artis tu idola you, benda salah tetap salah.

Katanya lagi, pelakon berimej alim berstatus senior itu didakwa kerap mengajak pelakon baharu ini untuk mengambil barang terlarang setiap hari.

Kenapa eh? Kenapa nak kena buat orang macam tu? Awak ada hal untuk buat apa yang awak nak buat tanpa orang pertikaikan. Tetapi awak jangan memaksa orang lain seperti apa yang awak buat.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin turut berharap agar pelakon itu tidak merosakkan muka-muka baru dalam industri seni ke arah kehancuran.

“Budak tu terlalu muda dan mentah. Jangan rosakkan dia. Takut dia tidak boleh fikir dia hanyut sekali”  ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rozita Che Wan
3 months ago

"Nampak Macam Alim, Sopan Tapi..." - Rozita Che Wan Dedah Pelakon Wanita Popular Ambil Barang Terlarang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...