“Nampak Macam Alim, Sopan Tapi…” – Rozita Che Wan Dedah Pelakon Wanita Popular Ambil Barang Terlarang

Hiburan

“Nampak Macam Alim, Sopan Tapi…” – Rozita Che Wan Dedah Pelakon Wanita Popular Ambil Barang Terlarang

Pelakon Rozita Che Wan menerusi TikTok ada mendedahkan bahawa ada seorang pelakon wanita popular didakwa mengambil ‘barang terlarang’.

Dalam video tersebut, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu memaklumkan bahawa aktres itu seorang yang berperwatakan alim dan baik namun menghasut artis-artis baru untuk menggunakan barang terlarang tersebut.

Advertisement

Baru-baru ini saya dengar ada artis popular ni memang cantik, kalau you all tengok memang sangat alim, sopan dan lemah lembut tapi dia ambil barang terlarang.

Dia ambil barang terlarang tu tak salah itu masalah dia tapi bila dia berlakon dengan artis perempuan yang baru dia seolah-olah macam menghasut artis itu.

Ujarnya lagi, artis wanita itu tidak perlu menghasut pelakon baru yang lain selain menasihatkan muka-muka baru dalam dunia hiburan untuk tidak mudah terpengaruh dan berpegang pada prinsip hidup.

Artis-artis yang baru berlakon kena tahu hala tuju dan tahu apa yang you buat. Benda salah tetap salah takut benda tak elok terpalit dekat kita dan tercalar imej.

Perkongsian tersebut telah mengundang spekulasi dan pertanyaan dalam kalangan netizen tentang siapakah pelakon wanita yang dimaksudkan Rozita Che Wan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar Amzah
3 months ago

Dituduh Ada Hubungan Skandal Dengan Penyanyi Ernie Zakri, Pemuzik Tampil Pertahankan Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...