Bekas peserta program Akademi Fantasia tahun 2016, Zarol Zarif meluahkan rasa bingung setelah penyanyi Cat Farish secara tiba-tiba marah mengenai video prank yang dirakam olehnya.
Namun, Zarol atau nama sebenarnya, Mohd Afzarul Dzarif Mohd Mazlee berkata dia tidak memuat naik video prank tersebut dimana-mana platform media sosial dan hal tersebut telahpun diselesaikan sewaktu ia berlaku.
Saya faham kenapa abang Cat marah tapi kenapa dia nak bangkitkan semula isu itu sebab semuanya sudah selesai waktu itu juga.
View this post on Instagram
Sebelum ini, ahli kumpulan Ruffedge ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap penyanyi yang dianggap sekadar membuang waktu ketika datang ke studio bagi merakam lagu, baru-baru ini.
Apa yang membuatkan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli bertambah berang bila dia dijadikan bahan atau kandungan untuk saluran YouTube milik Zarol.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bidadari itu memberitahu dia memilih untuk bekerjasama bersama Cat menerusi lagu terbaharunya berjudul Kan Kan kerana meminati hasil karya kumpulan Ruffedge berkenaan.