Pensohor media sosial dan penyanyi, Fynn Jamal menerima doa daripada netizen mendoakan agar wanita itu panjang umur dan boleh menjaga serta mendidik anaknya, Arjuna.
Semoga Kak Fynn panjang umur boleh jaga Arjuna sampai bila-bila.
Pelantun lagu Arjuna Beta itu kemudian memberi respon yang mungkin tidak disangka peminatnya di media sosial.
Tapi akak mintak Allah selamatkan akak dari usia tua. Akak tak minat nak hidup lama-lama. Lagi banyak dosa. Cumanya selagu Juna hidup, rasa risau nak ajal awal.
Harap Allah ambik Juna lekas-lekas.
Sekadar info, Fynn Jamal dahulunya popular dengan puisi dan menghasilkan lagu hits seperti Arjuna Beta sempena anaknya, Bakti Arjuna Fitri Abdullah.
Dia kini aktif berdakwah di media sosial selain mengusahakan perniagaan pakaian seperti jubah dan sebagainya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.