Membalas kenyataan Che Ta , Edry mengalu-alukan aktres itu menarik diri kerana sepanjang beliau menjadi juri AF2015 beliau banyak memberikan komen tidak wajar ataupun tepat terhadap peserta-peserta.
Saya terima keputusan dia menarik diri menjadi juri AF 2015 kerana ia adalah untuk kebaikannya juga. Saya lihat ia keputusan yang wajar. Lebih-lebih lagi dia sering dikutuk peminat-peminat AF 2015 kerana memberi komen yang tidak berasas dan saya setuju tentang hal itu.
Malah, Edry tidak merasa menyesal menegur Che Ta dan beranggapan beliau berhak untuk menegur pengkritik jika mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
Sudah lama saya perhati komen yang dia beri terhadap pelajar-pelajar dan ia tidak sesuai. Pada konsert Ahad lalu, saya dah tidak boleh sabar lagi lalu terus menegur dia di belakang tabir.
Mungkin dia tidak tahu bahawa pendapat yang dia beri tidak sesuai untuk program tersebut. Sebagai pengetua, saya berhak menegur pengkritik kerana mereka pun tidak terlepas daripada ditegur.
Bagaimanapun saya tidak mengherdik dia seperti yang diperkatan dan pada masa sama saya tidak menyesal dengan tindakan menegurnya ketika itu.
Pada kami senang sahaja, kalau Edry betul-betul bersikap tidak profesional beliau tentu sudah menegur Che Ta di khalayak ramai. Namun, teguran itu dibuat secara peribadi kerana sebagai seorang ahli muzik beliau mempunyai pendapat yang tersendiri. Apa salahnya Che Ta terima sahaja teguran dengan baik dan jangan cepat melatah?