“Saya Tak Kisah Diberikan Watak Antagonis Walaupun Sudah Bertudung” – Ika Nabella

Hiburan

“Saya Tak Kisah Diberikan Watak Antagonis Walaupun Sudah Bertudung” – Ika Nabella

Pelakon, Ika Nabella tetap terbuka mencuba pelbagai karakter, termasuk watak antagonis. Imej bertudung tidak mengehadkan penghidupan dalam sesebuah watak termasuklah watak antagonis.

Ika atau nama sebenar Ika Nabila binti Abdul Rahim berkata, dia tidak kisah sekiranya diberikan watak antagonis meskipun sudah bertudung. Ada sahaja pelakon wanita bertudung yang melakonkan watak jahat, tetapi masih diterima.

Advertisement

Menurut Ika, 32, sebagai pelakon, dia tidak mahu terikat dengan watak baik dan mahu menerokai pelbagai karakter manusia dalam dunia ini.

Cuma, paling penting, saya harus pandai menjaga batasan pergaulan di lokasi penggambaran bagi menjaga status sebagai isteri dan ibu.

Tambah pelakon filem Takut Ke Tak itu, dia masih Ika Nabella yang sama. Cuma, beza penampilan sahaja.

Dalam pada itu, Ika berkata, suaminya, Muhammad Zaid Aznam tetap menyokong kerjaya lakonannya.

Suami kenal sebagai pelakon, jadi dia pun rindu melihat saya beraksi di kaca televisyen mahupun layar perak.

Ika turut akui sudah agak lama dia berehat selepas melahirkan anak pertamanya. Sudah tentu dia sangat merindui kerjaya seni selepas hampir dua tahun berehat seketika.

Ika Nabella
3 years ago

Bertukar Tragedi, Percutian Mewah Ika Nabella Hancur Gara-Gara 'Aircond' Rosak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...