Bertukar Tragedi, Percutian Mewah Ika Nabella Hancur Gara-Gara ‘Aircond’ Rosak

Hiburan

Bertukar Tragedi, Percutian Mewah Ika Nabella Hancur Gara-Gara ‘Aircond’ Rosak

Pelakon Ika Nabella baru-baru ini katanya ada mengalami pengalaman tidak memuaskan apabila percutiannya bersama keluarga bertukar tragedi berikutan sistem pendingin hawa sebuah villa yang diduduki mereka sekeluarga tiba-tiba sahaja tidak berfungsi.

Ika Nabella
2 years ago

Dah Merasa Beg Mewah, Ada Driver Di Umur 20-an Tak Halang Ika Nabella Ceburi Bisnes

Advertisement

Ujar Ika, individu yang paling terkesan dengan insiden itu pastinya anak lelaki kesayangan, Noah yang terpaksa tidur dalam keadaan berpeluh dan panas.

Malah, lebih mengecewakan apabila pihak pengurusan villa seolah-olah tidak mengendahkan aduannya dan membiarkan mereka sekeluarga berpanas sehingga jam 4 pagi.

Dah tempah sebuah villa cantik di Janda Baik semuanya berjalan lancar sehinggalah kami perasan pendingin hawa di bilik Noah rosak. Panas. Allah uji bukan hanya pintu kaca saja rosak tak boleh kunci.

Anak Ikan NabellaSumber : Astro Gempak  

Bowie cuba menghubungi pengurusan selama lima jam dan mereka membiarkan kami tertunggu-tunggu dengan alasan ‘saya minta penyelia usahakan’ dan hanya satu tick selepas berkali-kali panggilan telefon.

Jelas aktres ini, servis yang tidak memuaskan itu sangat tidak berbaloi apabila dia telah membayar lebih RM3,000 hanya untuk merasai percutian yang sungguh tragik itu.

Tak boleh buat apa-apa sebab biliknya tak ada pendingin hawa dan pintu tak boleh kunci. Saya harap mereka akan membetulkannya pada pagi nanti sebab saya dah belanja RM3,000 untuk anak saya tidur dalam keadaan tidak selesa.

Tambah Ika lagi yang berkongsikan pengalaman tersebut di Instagram Story miliknya,  percutian tersebut membuatkan dirinya berasa seperti ibu yang teruk kerana tidak dapat melakukan apa-apa hanya disebabkan kecuaian pihak lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Ika Nabella

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...