Sekali lagi Abang Nara agak terlambat untuk mengupdate penjelasan Zaleha tentang hubungan istimewanya bersama Jalani Sidekk. Nasib baik Harian Metro yang dibeli semalam masih tak dibuang. Ternyata hubungan istimewa yang dimaksudkan oleh Zaleha antara dia dan Jalani Sidek bukanlah hubungan percintaan.
Gambar di atas ialah gambar Jalani Sidek dan Raja Azmi, sila jangan salah faham. Berikut ialah penjelasan Zaleha di dalam Harian Metro semalam untuk menjawap persoalan motif yang ditanyakan oleh Jalani.
Tak ada apa-apa motif pun. Lagipun tak pernah saya cakap dalam artikel ada unsur percintaan antara saya dan Jalani Sidek. Selama ini pihak media menganggap hubungan kami itu sebagai “istimewa” sedangkan hakikat sebenar, kami hanyalah bersahabat bersama-sama menjalankan tugas secara profesional kerana Jalani penasihat di syarikat saya. Jadi tidak patutlah saya dianggap sebagai orang ketiga dalam hubungan Jalani dan Raja Azmi sehingga ia menggugat keharmonian rumah tangga mereka
Fuh ~~ Panjang jugak penjelasan Zaleha. Abang Nara punya kesimpulan senang sahaja. Maknanya di sini pihak media yang melaporkan cerita Zaleh dan Jalani telah tersalah buat laporan. Tak gitu? Kata Zaleha lagi:-
Saya berani menceritakan perkara sebenar kepada wartawan kerana tak mahu orang salah faham hubungan kami selama ini. Malah apa yang saya cakap kepada media sebelum ini adalah dengan persetujuan Jalani sendiri. Saya tampil membuat penjelasan ini kerana mahu membersihkan nama saya dan menghindari salah faham. Saya tak mahu dipandang serong oleh masyarakat dan enggan isu ini berlarutan. Lebih daripada itu, saya tak mahu hubungan saya dan keluarga Jalani terjejas kerana kami sudah begitu rapat lebih setahun lalu.
Ha. Diharap dengan penjelasan ini tak adalah lagi orang nak kata Zaleh bercinta dengan Jalani dan percintaan mereka direstui oleh Raja Azmi. Abang Nara rasa mereka ini berkawan secara profesional atas nama business. Tak gitu? Moga-moga cerita ini boleh ditutup dan tak dibuka lagi selepas ini. Makin pening pulak bila makin lama makin berbelit dan makin ramai orang yang buat statement. Tak gitu?