Jalani Ada Hubungan Serius Dengan Ahli Perniagaan Dan Raja Azmi Mengetahuinya

Hiburan

Jalani Ada Hubungan Serius Dengan Ahli Perniagaan Dan Raja Azmi Mengetahuinya

Membaca BiPop semalam membuatkan Abang Nara menggelengkan kepala. Mana taknya, pengakuan berani mati seorang ahli perniagaan yang bernama Zaleha Mohd Khalid, 47 tahun tentang hubungannya bersama Jalani Sidek dan perhubungan ini diketahui pula oleh isteri Jalani, Raja Azmi. Gila tak gila lah kan?

jalani sidek

Advertisement

Kata Zaleha:-

Saya dan Jalani rapat, hubungan kami pada tahap serius. Saya akui saya sering bersama Jalani, boleh dikatakan banyak masa saya dihabiskan dengan Jalani. Anak-anak, keluarga dan teman mengetahui tentang hubungan kami, malah saya dan Jalani tidak pernah merahsiakan hubungan ini daripada pengetahuan Raja Azmi. Saya juga rapat dan baik dengan Raja Azmi.

Katakanlah yang anda juga meneguk air liur anda apabila membaca kenyataan ini. Pelik tapi benar kan? Kalau sudah sampai ke tahap ini, lebih molek rasanya untuk Jalani bernikah dengan si Zaleha ini. Raja Azmi pun seolah-olah merestuinya.. Tak gitu?

Dan Abang Nara tak sangka yang Raja Azmi sporting gila orangnya sampai membenarkan suaminya menjalinkan hubungan istimewa dengan wanita lain. Ini ajaib. Kata Zaleha lagi:-

Seperti dijelaskan Jalani kepada saya, Raja Azmi tidak pernah menghalang hubungan kami. Malah ada ketika Raja Azmi turut bertandang ke rumah saya, begitu juga saya. Kami saling mengunjungi. Hubungan saya dengan Raja Azmi tidak pernah bermasalah. malah saya menyayanginya sebagai kakak, begitu juga Raja Azmi menganggap saya sebagai adik.

Lagi beberapa keping gambar Jalani dan wanita yang bernama Zaleha ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Ada pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi dengan menyertai peraduan Papa I Love You, antaranya ialah Blackberry Playbook, peluang untuk menonton premier Papa I Love You bersama kekasih Abang Nara ehermm silap Lisa Surihani, dvd dan pelbagai lagi. Daftar dulu di sini http://www.facebook.com/davidteo99?sk=app_248145615250200 .



jalani sidek
jalani sidek
jalani sidek
jalani sidek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...