“Saya Tak Culik Musa, Apa Permainan Dia?” – Dakwa Dianiaya, Noh Salleh Akui Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak

Hiburan

“Saya Tak Culik Musa, Apa Permainan Dia?” – Dakwa Dianiaya, Noh Salleh Akui Terkejut Mizz Nina Tarik Kes Penjagaan Anak

Terbaru, penyanyi terkenal Noh Salleh mengakui rasa terkejut apabila bekas isteri, Mizz Nina menarik kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara buat anak angkat mereka, Musa.

Rasa diri dianiaya

Kata Noh sewaktu ditemubual oleh pihak media di luar mahkamah, dia hanya mahukan kebenaran serta merasa diri telah dianiaya.

Advertisement

Bahkan, dia turut menafikan bahawa telah menculik Musa pada 19 Disember lalu seperti yang didakwa bekas isteri.

Saya terkejut, dia (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi.

Tak tahu ‘alasan’ bekas isteri tarik kes

Tambahan lagi, vokalis kumpulan Hujan itu tidak tahu-menahu alasan sebenar bekas isteri menarik semula kes penjagaan ini.

Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata tiada sebarang dokumen penyerahan dikemukakan.

Sebelum ini, Mizz Nina mendakwa Noh telah membawa anak angkat mereka, Musa tanpa kebenaran serta pengatahuan daripada pihaknya.

mizz nina
11 months ago

"Sejak Waktu Itu, Dia Tiada Hak Untuk Menjadi Penjaga Sah Musa" - Isu Noh & Ibu Kandung Anak, Mizz Nina Akhirnya Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...