“Sejak Waktu Itu, Dia Tiada Hak Untuk Menjadi Penjaga Sah Musa” – Isu Noh & Ibu Kandung Anak, Mizz Nina Akhirnya Bersuara

Hiburan

“Sejak Waktu Itu, Dia Tiada Hak Untuk Menjadi Penjaga Sah Musa” – Isu Noh & Ibu Kandung Anak, Mizz Nina Akhirnya Bersuara

Mizz Nina akhirnya tampil bersuara dan memberi penjelasan panjang menerusi hantaran di Instagram berhubung status anak angkatnya, Musa.

Ia susulan konflik yang berlaku di antara ibu kandung kanak-kanak itu dan bekas suaminya, Noh Salleh di mana vokalis tersebut memaklumkan tidak tahu menahu tentang perjanjian di antara wanita itu dan Mizz Nina.

Advertisement

noh salleh mohon maaf
3 months ago

"Akan Turuti Tuntutan Beliau" - Nafi Manipulasi Ibu Kandung Musa, Noh Salleh Mohon Maaf Secara Terbuka

 

Musa diambil tanpa izin, dengan bantuan pembantu rumah

Tulis Mizz Nina, Musa yang diambilnya sebagai anak angkat sejak berusia dua hari itu telah diambil daripadanya tanpa izin, tanpa maklumat atau pengetahuan.

Katanya lagi, kejadian anaknya diambil dengan bantuan pembantu rumah diupah olehnya itu berlaku ketika dia di dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Sejak saat itu, saya tidak tahu keberadaan (Musa) dan tidak dapat berkomunikasi (dengan Noh), tidak menerima gambar atau video selama tiga minggu setengah. Ketika tempoh itu, bekas suami memuat naik gambar wajah Musa di internet melanggar perjanjian dan kemudian mengaku tidak tahu tentang itu sedangkan saya tahu dia tahu tentang perjanjian tersebut.

noh

 

Pergi ke mahkamah syariah

Disebabkan tindakan bekas suaminya itu, privasi anaknya terganggu malah Noh juga turut tidak menjaga sensitiviti bahawa ibu kandung Musa tida mahu identitinya didedahkan.

Mizz Nina kemudian pergi ke mahkamah syariah untuk mengelakkan berlaku apa-apa konflik dan telah diberikan perintah interim terhadap anaknya.

Jelasnya lagi, selepas perceraian Noh sendiri dengan rela hati telah menandatangani dokumen yang memberikan dirinya hak sepenuhnya untuk menjaga Musa dan proses itu dilakukan di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Sejak waktu itu, dia sudah tiada hak untuk menjadi penjaga Musa.

Tambah Mizz Nina, dia tiada niat untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi kenyataan itu dibuat agar tiada spekulasi atau fitnah yang tersebar berhubung konflik tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...