“Saya Tak Boleh Terima Kenyataan Sudah Menjadi Nenek” – Noraniza Idris Kongsi Pengalaman Lucu

Hiburan

“Saya Tak Boleh Terima Kenyataan Sudah Menjadi Nenek” – Noraniza Idris Kongsi Pengalaman Lucu

Penyanyi ratu irama Malaysia, Noraniza Idris, 53, berkongsi pengalaman lucu tidak dapat menerima hakikat dirinya kini bergelar nenek. Dia mendedahkan perasaan itu muncul kerana masih belum bersedia dan berasakan dirinya terlalu muda untuk menggalas gelaran itu.

Noraniza Idris
2 bulan lalu

Lamaran Untuk Berduet Bersama Ditolak, Noraniza Idris Sedar Diri

Advertisement

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani mengakui bahawa dirinya berasa kekok kerana sudah lama tidak mempunyai anak kecil. Namun, lama-kelamaan perasaan itu hilang dan rasa sayang pula makin bertambah. Katanya lagi, perasaan sayang pada anak dan cucu amat berbeza.

Noraniza Idris

Bayi perempuan berusia enam bulan itu adalah hasil perkahwinan anak sulungnya, Aliff Haiqal dan isteri, Ezza Nafiesha Zakaria yang mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Lagipun, saya tidak mempunyai anak perempuan. Apabila lama tidak berjumpa, rasa rindu sukar untuk digambarkan

Penyanyi lagu Intan Payung itu mengakui disebabkan kes penularan COVID-19 dia sentiasa berasa paranoid dalam menjalani kehidupan seharian terutama apabila berjumpa dengan cucunya.

Nak jumpa cucu rasa risau, maklum masih lagi bayi. Ada kala saya akan menghubungi anak untuk memastikan mereka dalam keadaan baik.

Advertisement

Noraniza, 53, berkata perasaan bimbangnya itu terbawa-bawa hinggakan takut melihat suami bersembang dengan jiran. Menurutnya lagi, walaupun ada penjarakan fizikal, tetapi kita tak nampak virus itu berada di mana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 13, 2021 at 12:02 pm

    Apa susah kau suruh lah cucu kau tu panggil kau kakak nanti.

  2. Anonymous

    October 13, 2021 at 8:10 am

    ritu dh cita dh bende sama skang kua lg adoi lahai. xde nk buat ape kt umah dh ye

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...