Lamaran Untuk Berduet Bersama Ditolak, Noraniza Idris Sedar Diri

Hiburan

Lamaran Untuk Berduet Bersama Ditolak, Noraniza Idris Sedar Diri

Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris mengakui hatinya berasa sedikit tersentuh apabila lamarannya untuk bekerjasama atau berduet dengan beberapa rakan artis telah ditolak dengan alasan tertentu.

8 bulan lalu

"Panggil Umi Tau Jangan Nanny, Tua Rasa!" Kini Bergelar Nenek, Noraniza Idris Timang Cucu Pertama

Advertisement

Noraniza yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani berkata dia pernah meluahkan hasrat untuk berkolaborasi dengan beberapa artis ternama untuk menghasilkan single duet namun telah ditolak.

Advertisement

Ada beberapa nama artis yang pernah saya ajukan cadangan untuk bekerjasama, tetapi ditolak. Tapi menolak dengan cara baik. Saya cuma bersangka baik walaupun sedikit tersentuh. Tidak mengapa sebab mungkin mereka punya perancangan sendiri. Saya pun sedar diri siapalah saya.

Tambahnya lagi, isu penolakan (untuk bekerjasama) bukanlah suatu isu yang perlu diperbesarkan kerana ianya lumrah dalam dunia seni nyanyian.

Dalam perkembangan lain, Noraniza Idiris memaklumkan bahawa dia kini dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang menghimpunkan artis-artis Irama Malaysia di bawah satu bumbung.

Jelas Kak Ani, pertubuhan itu kini masih dalam proses pendaftaran dan sedang menunggu kelulusan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran.

“Saya kini sedang menghimpunkan artis-artis Irama Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah single berkonsepkan Irama Malaysia untuk bergerak di bawah satu pertubuhan. Sudah sampai masanya artis-artis Irama Malaysia ini di satukan dalam satu bumbung pertubuhan dan berkongsi kesungguhan untuk bangkitkan Irama Malaysia dengan sepenuh hati.” ujar Kak Ani yang ditemui media dalam sebuah majlis di PNB Perdana Hotel & Suite, KLCC, semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    October 12, 2021 at 9:16 pm

    Siti Norhalizah kot……..

    • tecit

      October 13, 2021 at 8:48 am

      siyesla yeke? demm. mgkin dlu2 atas permintaan producer ikotkan jelah nk duet ke kan.

  2. tecit

    October 12, 2021 at 4:41 pm

    xsbr nk dgr lagu terbaru kak ani. tolong naikkan semula music irama tradisional malaysia. zapin n so on. klu bukan kite siapa lagi nak martabatkan seni tanah air kite.

  3. tecit

    October 12, 2021 at 4:28 pm

    sape yg tolak tu, sangat2 xtau menghargai musik dan bakat. fullstop!

  4. vfn

    October 12, 2021 at 3:24 pm

    lawa. tp lense tu xyah kot

    • Anon

      October 12, 2021 at 6:54 pm

      Biarlah nak warna merah pun. Itu kan mcm baju. Boleh warna warni…haiishhh.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...