Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Panggil Umi Tau Jangan Nanny, Tua Rasa!” Kini Bergelar Nenek, Noraniza Idris Timang Cucu Pertama

Ratu Etnik Kreatif negara, penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila anak sulungnya, Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi dan isteri telah selamat menimang cahaya pertama pada hari Selasa lalu.

Noraniza IdrisSumber : Instagram Noraniza Idris  

Berita gembira itu dikongsikan Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani menerusi media sosialnya untuk pengetahuan peminat.

Advertisement

Kini sudah bergelar nenek, Noraniza memanjatkan rasa syukur dan gembira di atas kelahiran cucu pertamanya itu yang khabarnya diberi nama Hannah.

Syukur Alhamdulillah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat. Hadiah terbesar dlm sejarah asas kehidupan manusia bila di’…

Posted by Noraniza Idris on Tuesday, 23 March 2021

“Syukur Alhamdullilah. Semua selamat. Ibu dan anak sihat. Hadiah terbesar dalam sejarah asas kehidupan manusia bila di’watikah’ menjadi nanny hari ini. Tahniah Aliff Beeleaf Active mama..terima kasih bawa Hannah untuk kami hari ini.”

Menurut penyanyi itu lagi, kelahiran cucunya itu menjadi lebih bermakna apabila tarikh Hannah dilahirkan adalah sama dengan tarikh kelahirana anak lelakinya itu iaitu pada 23 Mac.

Advertisement
Cucu Noraniza IdrisSumber : Facebook Noraniza Idris  

Dalam pada itu, Noraniza turut sempat mengucapkan kata-kata penghargaan buat menantunya, Ezza Nafiesha di atas kelahiran permata kecil itu.

“Semoga baby Hannah terus menjadi anak yang sihat dan solehah. menjadi mommy yang sangat bijak membahagikan masa antara karier dan keluarga. Penting sekali jaga hati Aliff bila ada Hannah. Jangan cemburu jika Aliff beri perhatian pada Hannah tau. Tak sabar nak tengok wajah cucu pertama umi. Panggil umi tau, tak nak nanny la..tua sungguh rasanya.”

Terdahulu, anak lelaki Noraniza Idris, Aliff Haiqal telah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ezza Nafiesha Zakaria pada 22 Disember 2018 yang lalu.

 

Aliff merupakan anak hasil perkongsian hidup Noraniza Idris bersama bekas suami, Mohd Fauzi Mohd Tajuddin dan turut mempunyai seorang anak lelaki lagi iaitu Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi yang kini berusia 28 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. nora

    March 26, 2021 at 8:49 am

    Nanny tu means Pengasuh..Granny baru nenek..hehehhee

  2. tecit

    March 25, 2021 at 9:25 am

    aku xsuke betol org xnk bg bdk2 panggill panggilan yg sepatotnye. kau xrase ke nt budak tu konfius. bape banyak mak die. nenek xde ke klu dah semua jd mak. sengal la. ko bygkan klu semua mak2 sedara die semua die kene panggil mak, ummi, bonda, ibu. dah mcm mane die nk tau sape lg tua sape lahir dulu? pastu ni tetibe plak nenek jd ummi plak. aduhaiii. at least letak la name nanny ke. nanny ani ke. adoiiii lah. jahanammm. fikir la utk baby tuuu. konfius die nantii

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama