“Saya Tak Berhenti Berdoa” – Farid Kamil Harap Dapat Beraya Dengan Satu Keluarga

Hiburan

“Saya Tak Berhenti Berdoa” – Farid Kamil Harap Dapat Beraya Dengan Satu Keluarga

Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa rindu terhadap momen-momen di pagi Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Farid atau nama penuhnya Farid Kamil bin Zahari berkata, dia tidak berhenti berdoa agar dapat menyambut perayaan bersama isteri, Diana Danielle dan dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Advertisement

Saya tak berhenti berdoa untuk bawa anak-anak dan isteri untuk balik ke kampung dan beraya seperti selalu di Kedah.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 41 tahun itu berharap mereka sekeluarga dapat bergambar bersama seperti yang selalu dilakukan setiap tahun.

Setiap kali pagi raya, kami satu keluarga akan mengambil gambar di tempat yang sama setiap tahun.

Saya sangat-sangat berharap dan berdoa agar raya tahun ini kami satu keluarga dapat berkumpul sekali lagi.

Terdahulu, Farid menawarkan beberapa tawaran kepada Diana bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Tawaran tersebut termasuk sebuah kereta Toyota Vellfire berharga RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000, dan bayaran balik pakej umrah sebanyak RM44,000.

Bagaimanapun, pelakon Imaginur itu telah menolak tawaran perdamaian tersebut dan memaklumkan dia cuma mahu dilepaskan secara baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Hanya Mahu 'Dilepaskan', Diana Danielle Tolak Tawaran Perdamaian Farid Kamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...