Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tak Ada Masa Nak Goda Atau Rampas Kekasih Orang

tiz zaqyah fasha sandha jejai

Kami akui kami dah semakin pening dengan cerita Jejai nak dirampas oleh seorang dramatis popular Malaysia seperti yang Fasha Sandha katakan. Kami baca Harian Metro semalam dan Tiz Zaqyah cakap orang dimaksudkan oleh Fasha itu bukan dia.

Advertisement

Kata Tiz dia tak ada masa nak rampas atau goda kekasih orang lain. Lagi baik dia tumpukan perhatian dengan kerjaya lakonan dia. Lagipun dia dan Fasha Sandha masih berkawan baik sekarang nie. Kalau betullah dia yang mengorat Jejai, sudah tentu diorang berdua bergaduh besar kan?

Jadi siapakah artis wanita yang dimaksudkan oleh Fasha ini?Penat kami fikir tapi hanya Tiz Zaqyah sahaja yang memenuhi ciri-ciri yang ditulis oleh Fasha dalam Twitternya. Takkanlah tetiba Nek Jah pulak kan?

Teori terbaru kami ialah Fasha dah kekeringan idea nak mempopularkan dirinya maka dia membuat statement kontroversi macam nie. Kasik orang tak lupa kat dia. Buat masa ini, itulah penjelasan yang paling logik.

Kalau bukan Tiz, korang rasa artis mana yang tergamak nak mengorat Jejai? Sila komen.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top