(KUIZ)Siapa Artis Wanita Yang Cuba Merampas Jejai Dari Fasha Sandha

Hiburan

(KUIZ)Siapa Artis Wanita Yang Cuba Merampas Jejai Dari Fasha Sandha

artis wanita rampas jejai

First thing first, akhirnya Fasha Sandha mengaku yang si Jejai adalah kekasih hatinya. Tahniah!!! Kan senang tak sorok-sorok camnie. Peminat kita pun dah bijak pandai semuanya. Boleh accept kalau anda mengaku. Semoga berbahagia dengan Jejai yang tercinta.

Advertisement

Tapi siapa pulak artis wanita yang dikatakan nak merampas si Jejai dari Fasha Sandha nie? Paling panas sebab dia pernah try nak mengorat Fizz Fairuz jugak. Mesti si Almy Nadia panas semacam jer. Kalau kami jadi Almy Nadia pun kami bengang jugak.

Untuk hint-hintnya, korang boleh baca antara gosip-gosip yang pernah ditulis di suratkhabar. Rasanya anda semua boleh teka siapa kot:-

Gosip 1

Beruntung sungguh artis cantik ini. Gara-gara selalu bawa watak gadis baik, ramai yang suka dan jatuh hati dengannya. Jangan kata lelaki, ramai makcik-makcik cakap pelakon ini miliki ciri-ciri menantu pilihan. Pendek kata semuanya kerana watak yang pernah dilakonkan.

Bukan nak mengata tetapi hakikatnya dia tidaklah sebaik yang disangka. Sama seperti anak gadis sosial lain, dia yang dibesarkan di bandar besar sering menghabiskan masa di kelab dan tidak kekok menogok arak. Sejak dikenali, dia berkawan baik dengan seorang pelakon wanita popular. Boleh dikatakan selalu jugalah mereka lepak di kelab sama-sama. Bagaimanapun baru-baru ini dia ke kelab sendirian dan kira-kira jam 4 pagi dia menghubungi teman lelaki rakan baiknya itu.

Gosip 2

Ceritanya begini, dalam diam rupa-rupanya seorang pelakon jelita yang semakin popular kebelakangan ini memasang jerat untuk memikat hati seorang duda yang menjadi rebutan ramai. Tapi dalam hal macam ini, Cik Normah tak pasti, pelakon itu yang mengurat atau dia digoda duda terbabit.


Iyalah, pelakon itu memang digilai ramai apatah lagi sejak ada drama yang dilakonkannya meninggalkan impak cukup besar dalam kerjaya seninya. Menurut Lara Kirana, si duda yang diketahui sedang intim dengan seorang pelakon jelita, sudah memberikan sebuah kereta untuk si pelakon cantik tadi.

Rasanya kami tahu siapa yang dimaksudkan. Tapi anda tekalah dulu. Nak tengok anda peka ke tidak. Gosip kami cilok tanpa pengetahuan dari Forum Cari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...