“Saya Tahu Memang Saya Kena Bayar..” – Netizen Gesa Bayar Hutang Segera, Datuk Red Minta Masa Kumpul Duit

Kehidupan

“Saya Tahu Memang Saya Kena Bayar..” – Netizen Gesa Bayar Hutang Segera, Datuk Red Minta Masa Kumpul Duit

Usahawan dan suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red meminta orang ramai untuk bersabar dan memberinya masa untuk mengumpul duit bagi melunaskan hutangnya.

Harap semua bertenang

Kata Datuk Red dalam sebuah siaran langsung di TikTok, dia berharap agar netizen bersabar kerana dirinya masih baru mendapat pekerjaan dan memulakan bisnis menjual biskut rayanya itu.

Advertisement

Tambah suami kepada penyanyi ini, dia sudah pun memaklumkan kepada segelintir pemiutang tentang situasinya kini dan mereka juga memahami keadaan Datuk Red tersebut.

Sabar dulu, relaks dan bertenang. Ya saya tahu memang saya nak bayar, memang niat saya dan dalam TikTok saya, saya cakap saya memang ada hutang.

 

Benda baru seminggu, mana ada dalam seminggu orang nak bagi saya dekat 10 juta.

 

Kadang-kadang yang komen tu dia tak tahu menahu pun.

 

Separuh yang saya berhutang itu, saya dah berkomunikasi dengan mereka. Mereka sokong saya dan suruh saya teruskan.

@supportdatored #datored #redvelvetdatored #fyp ♬ original sound – supportdatored

Kumpul duit untuk mula perniagaan

Dalam pada itu, Datuk Red juga berkongsi perkembangan dan rancangan akan datang. Katanya, dia sedang mengumpul wang dan modal untuk memulakan perniagaan sendiri dan meminta orang ramai menyokong usahanya itu.

Saya nak cari modal berniaga. Ini semua barang sahabat-sahabat saya, saya jualkan dekat platform saya. Nanti dah dapat duit saya nak jual barang saya sendiri.

 

Bagi saya semangat, jangan bagi saya mengalah. Saya fikirkan agama saya, hutang-hutang kena bayar. Sebab itu saya kena bangun.

Terdahulu, terdapat beberapa individu mendakwa Datuk Red telah terlibat dalam penipuan urusan jual beli tanah. Tak lama kemudian, Datuk Red tampil mengakui kesilapannya itu dan berkata dia akan melunaskan semula hutang tersebut.

Datuk Red
8 months ago

Datuk Red Rancak Jual Kuih Raya, Raih Pendapatan RM78K Sehari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...