Datuk Red Rancak Jual Kuih Raya, Raih Pendapatan RM78K Sehari

Hiburan

Datuk Red Rancak Jual Kuih Raya, Raih Pendapatan RM78K Sehari

Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dikhabarkan memperoleh pendapatan RM78,000 sehari hasil jualan biskut red velvet yang diusahakannya kini.

Jual kuih raya RM35 sebalang

Data tersebut difahamkan dilihat menerusi TikTok Shop di mana lelaki itu menjual sebalang kuih dengan harga RM35 dan telah terjual melebih 2,000 balang.

Advertisement

Malah, ketika sesi Live, akaun TikTok Datuk Red juga mendapat lebih daripada 15,000 tontonan.

Datuk RedSumber : TikTok  

Sebelum ini, Datuk Red berkata dia berasa agak janggal untuk menjual di platform berkenaan namun sudah membiasakan diri dengan cara-cara mengendalikan siaran langsung aplikasi itu.

Makin mahir buat live TikTok

Netizen di media sosial juga memuji kepetahan Datuk Red menjual dan melayan para pelanggan yang bertanyakan mengenai biskut jualannya itu.

@dato..red

@Arabahmad69 sorry my pren…nanti i blajar lagi..dan semoger porduct awak dan isteri berjaya..inshaAllah

? Masa Laluku – Kangen Band

Terdahulu, penyanyi Adira Suhaimi dilihat tidak lokek membantu mempromosikan biskut jualan suaminya itu di Instagram yang mencatat 1.8 juta pengikut media sosial.

Datuk Red sebelum ini memaklumkan dia telah diisytiharkan muflis dan kini sedang mencari pekerjaan bagi menanggung dua isteri dan 11 anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Harris annuar
4 weeks ago

Pelakon Lelaki Menangis Jual Kuih Bangkit Di TikTok, Gigih Nak Bayar Hutang- "Saya Buat Silap Besar!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...