“Saya Tahu ‘Duty’ Sebagai Seorang Muslim, Anjing Saya Tak Jilat Atau Air Liur Meleleh” – Julia Farhana

Hiburan

“Saya Tahu ‘Duty’ Sebagai Seorang Muslim, Anjing Saya Tak Jilat Atau Air Liur Meleleh” – Julia Farhana

Baru-baru ini, pelakon Julia Farhana ada memuat naik beberapa posting di Instagram Story miliknya memaparkan seekor anjing sedang menunggu di luar bilik beliau dan itu telah mendatangkan pelbagai pertanyaan dari warganet.

Bagi menjawab segala pertanyaan, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin akui dia serta keluarga membela seekor anjing yang diberi nama Julio.

Advertisement

Bagaimanapun, pelakon terbabit menjelaskan anjing belaannya itu telah dilatih dengan baik supaya tidak menjilat atau bersentuhan dengan orang di dalam rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Julia Farhana (@juliafarhanamarin)

Dalam pada masa yang sama, Julia turut menjelaskan segala urusan penjagaan haiwan peliharaannya itu diserahkan kepada pembantu rumahnya yang bukan beragama Islam.

Tambahannya lagi, pelakon itu sedar akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, namun beliau tetap ingin menjaga hubungan diantara manusia serta haiwan.

Kami dah biasa latih anjing. Masa di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau lah tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.

ig Julia FarhanaSumber : Instagram  

Sekadar info, sebelum ini Pejabat Mufti Wilayah pernah menjawab soal membela anjing kerana Islam melarang umatnya memelihara haiwan disifatkan najis mughallazah iaitu najis berat seperti babi dan anjing.

Jika umat Islam itu tetap mahu membelanya, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam atas tujuan tertentu seperti menjaga kebun ataupun tanam-tanaman.

Big stage iqbal
10 bulan lalu

Dikecam Hebat, Produksi Big Stage 2022 Dedah Sebab Iqbal Zulkefli Dipilih Sebagai Peserta Ke-12

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. ANJINGJULIAR

    February 10, 2022 at 10:58 am

    Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2017 yang bersidang pada 14-15 Ogos 2017 telah membincangkan mengenai Hukum Pemeliharaan Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan Oleh Orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

    1. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum memelihara anjing di rumah oleh orang Islam sebagai haiwan peliharaan (pet) adalah haram melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemaslahatan. Antaranya adalah untuk tujuan:

    i. Perburuan; anjing yang digunakan bukanlah anjing “comel” dijadikan “teman” untuk bermanja, tetapi anjing yang garang atau tahan lasak dan sesuai dijadikan untuk berburu. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan perburuan adalah untuk mendapatkan makanan, bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka;

    ii. Anjing pemandu jalan; untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu;

    iii. Keselamatan; untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam, dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah;

    iv. Membantu penternakan haiwan.

    2. Perbuatan memegang anjing secara sengaja, tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ianya bercanggah dengan pegangan mazhab dan uruf di Malaysia. Menurut mazhab syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

    3. Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

    4. Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet) akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. Oleh yang demikian, mereka perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.

    5. Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.

  2. Anonymous

    February 10, 2022 at 10:12 am

    KALAU ANDA TAHU DUTY ANDA SEBAGAI ISLAM ANDA TAKKAN BELA ANJING,DUTY SEBGAI ISLAM ADALAH MENGHINDARI PERKARA YG TIDAK DITUNTUT DALAM ISLAM DAN MELAKSANAKAN APA YANG DITUNTUT DALAM ISLAM,SAYA IKHLAS MEMBERI KOMEN,SEMOGA ANDA MEMAHAMI NIAT BAIK SAYA INI.

  3. Anonymous

    February 9, 2022 at 9:46 pm

    Gigih pulak nk bela anjing.

  4. Anonymous

    February 9, 2022 at 8:30 pm

    Malaikat x masuk rmh, kecuali malaikat maut

Loading...