Baru-baru ini, pelakon Julia Farhana ada memuat naik beberapa posting di Instagram Story miliknya memaparkan seekor anjing sedang menunggu di luar bilik beliau dan itu telah mendatangkan pelbagai pertanyaan dari warganet.
Bagi menjawab segala pertanyaan, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin akui dia serta keluarga membela seekor anjing yang diberi nama Julio.
Bagaimanapun, pelakon terbabit menjelaskan anjing belaannya itu telah dilatih dengan baik supaya tidak menjilat atau bersentuhan dengan orang di dalam rumah.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Julia turut menjelaskan segala urusan penjagaan haiwan peliharaannya itu diserahkan kepada pembantu rumahnya yang bukan beragama Islam.
Tambahannya lagi, pelakon itu sedar akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, namun beliau tetap ingin menjaga hubungan diantara manusia serta haiwan.
Kami dah biasa latih anjing. Masa di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau lah tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.
Sekadar info, sebelum ini Pejabat Mufti Wilayah pernah menjawab soal membela anjing kerana Islam melarang umatnya memelihara haiwan disifatkan najis mughallazah iaitu najis berat seperti babi dan anjing.
Jika umat Islam itu tetap mahu membelanya, dia perlu mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam atas tujuan tertentu seperti menjaga kebun ataupun tanam-tanaman.