Tindakan Julia Ziegler yang tiba-tiba sahaja komen pelik-pelik di setiap gambar Putri Najuwa bersama seorang jejaka yang bernama Zaid mencetuskan pelbagai tanda tanya. Adakah mereka sedang bergaduh kerana seorang lelaki dan macam-macam lagi lah.
Terbaru, Putri Najuwa menjelaskan beliau enggan memberikan komen sebelum ini kerana ia berkaitan dengan hal peribadi mereka berdua dan agak tidak sesuai untuk diperkatakan kepada umum.
Dia tidak malu ke kalau orang lain tahu tentang hal peribadi ini. Saya rasa orang luar akan anggap kami seperti budak sekolah jika bergaduh tentang lelaki.
Sebab itu saya diam dan malas mahu layan, apa jawapan yang dia mahu itu boleh bertanya sendiri kepada pihak satu lagi. Dia tahu saya tidak bersalah dalam hal ini dan saya juga tidak pernah salahkan dia bertindak demikian kerana tahap marah seseorang ada batasan.
Namun, Putri Najuwa beranggapan tindakan Julia yang menyerang beliau menggunakan media sosial tidak begitu matang. Putri Najuwa juga berharap Julia juga tidak mengheret keluarganya dalam hal ini.
Saya malas nak layan mesej dan dia sering telefon saya untuk bertanyakan tentang perkara yang saya sendiri tiada jawapannya. Dia tahu saya tidak salah dalam perkara tersebut tapi dia desak saya untuk bercakap.
Saya tahu dia sedang marah dan emosi, namun tindakannya menyerang saya di laman Instagram bukanlah tindakan yang matang kerana ia hanya mendedahkan perkara ini kepada umum.
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, kalau gaduh di media sosial bukannya dapat apa-apa pun. Melainkan untuk mencari publisiti itu kita tidak tahu lah..