February 15th, 2016

Baru-baru ini, tiada angin dan tiada ribut aktres Julia Ziegler telah memberikan komen-komen yang agak pelik di akaun Instagram Putri Najuwa.

Antara foto yang dikomen oleh Julia ialah ketika Putri Najuwa memuat naik fotonya bersama seorang lelaki yang dikenali dengan nama Zaid. Kalau dilihat, memang agak pedas juga komen Julia.

Ini menimbulkan persoalan, apakah Julia dan Puteri Najuwa bersengketa?

Namun, menerusi akhbar Harian Metro hari ini, Julia memberitahu beliau tidak kenal dengan Putri Najuwa dan perkara itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Saya tidak kenal siapa Putri Najuwa, malah ada pihak yang  ‘bermasalah’ sengaja membangkitkan kisah lalu untuk melihat saya melatah.

Komen itu cerita lama, biarlah apa orang nak kata. Semua itu tidak penting kerana saya ada perkara lain yang perlu diutamakan.

Di pihak Putri Najuwa pula, beliau juga tidak mahu memberikan sebarang butiran mengenai  perkara berkenaan.

Maaf saya tidak mahu komen apa-apa mengenai Julia atau cakap mengenai hal itu. Tiada apa yang berlaku.  Ada apa-apa tanya Julia sendiri.

Kalau tiada angin takkanlah pokok boleh bergoyang bukan? Kedua-duanya nampaknya mengelak untuk menceritakan hal sebenar. Ermmm, ikutlah asalkan puas hati..Hehe..

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...