“Saya Tahu Apa Yang Saya Mampu Buat…” – Dikritik Nyanyian ‘Live’ Casablanca ‘Ke Laut’, Nuha Bahrin Respon Pada Netizen

Hiburan

“Saya Tahu Apa Yang Saya Mampu Buat…” – Dikritik Nyanyian ‘Live’ Casablanca ‘Ke Laut’, Nuha Bahrin Respon Pada Netizen

Lagu duet nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin berjudul Casablanca mendapat sambutan yang luar biasa di media sosial.

Bukan hanya tular di aplikasi TikTok tetapi juga muzik video lagu itu di Youtube juga kini sudah mencecah 4.7 juta tontonan dalam tempoh kurang dua bulan.

Advertisement

Sudah tentulah ramai ternanti-nantikan persembahan ‘live’ daripada mereka berdua selepas lagu itu menjadi siulan ramai.

Menerusi rancangan Meletop baru-baru ini, Nuha dan Naufal telah dijemput untuk menyanyikan lagu baru mereka itu namun persembahan mereka mendapat kritikan sesetengah netizen.

Menerusi ruangan komen, ramai dilihat menegur tentang vokal dan nyanyian Nuha secara langsung ketika itu.

Bagaimanapun tuan empunya diri telah memberi respon tentang komen serta kecaman netizen itu. Kata Nuha, dia sedar masih banyak teknik vokal yang perlu dipelajarinya.

Saya tahu ada banyak benda lagi perlu dipelajari. Saya tahu nyanyian saya perlu diperbaiki sebab saya tahu apa yang saya mampu buat, apa yang saya tak mampu. Dari situlah saya belajar.”

Jelasnya lagi, dia memahami jika ramai pendengar yang berpendapat nyanyiannya sama saja seperti dulu kerana dia sedar masih banyak yang perlu dibaiki termasuklah pernafasan ketika menyanyi.

Meskipun ramai yang mengkritik tetapi masih ada yang menyebelahi Nuha dan berpendapat bahawa pesembahannya itu ‘not bad’ atau tidaklah seteruk dikatakan.

Segelintir dilihat memerli netizen yang ‘berlagak’ seperti mereka pula yang pakar dalam bidang vokal serta nyanyian.

2 years ago

"Industri Muzik Asal Boleh"- Netizen Kritik Nyanyian 'Live' Nuha Bahrin Di MeleTOP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...