“Saya Tadah, Janin Keluar Atas Tapak Tangan” – Tiba-Tiba Rasa Sesuatu Nak Keluar, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

Hiburan

“Saya Tadah, Janin Keluar Atas Tapak Tangan” – Tiba-Tiba Rasa Sesuatu Nak Keluar, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua

Pelakon dan model Rafidah Ibrahim berkongsi di Instagram semalam bahawa dia telah mengalami keguguran buat kali kedua.

Menerusi sebuah video, Rafidah yang hamil 4 bulan itu menceritakan tentang detik ketika dia mengalami keguguran sewaktu berada di rumah.

Advertisement

Katanya, pada Jumaat lepas dia berasa terlalu sakit dari jam 5 petang namun menyangkakan ia hanyalah angin yang teruk dalam badan terutamanya pada bahagian bawah perut.

Rafidah bagaimanapun membiarkan serta menahan rasa sakit itu dengan berehat namun sebelum masuk waktu Maghrib, dia yang mahu membuang air terasa seperti ada sesuatu yang mahu keluar.

Ketika tu terasa sesuatu ingin keluar. Saya terus panggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan. Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat.”

Selepas suaminya solat Maghrib, mereka terus ke hospital dan Rafidah ditahan wad selama 1 malam untuk pantauan.

Katanya lagi, jantina bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti namun mereka membuat keputusan untuk menamakannya Abdullah.

Menjengah ruangan komen, ramai yang bersimpati dan mengucapkan takziah kepada Rafidah dan suaminya atas apa yang berlaku.

“Alhamdulilahh, baby tunggu ibu ayah kat syurga.” – kata seorang netizen.

Seorang individu dilihat memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Rafidah kuat untuk menghadapi dugaan kehilangan anak akibat keguguran buat kali kedua.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita gugur kembar 3
2 years ago

(VIDEO)"Jumpa Kat Syurga Anak Ibu"- Wanita Hamil 3 Anak Kembar Alami Keguguran Kerana Jatuh 'Toilet'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...