Siapa tidak kenal dengan tagline ‘Tak Hensem Tak Apa Janji Kaya’ yang sering kita dengari di corong radio.
Sejak beberapa hari yang lalu, nama Datuk Dr Mohd Nazri Khan atau DDNK hangat menjadi bualan netizen di media sosial selepas dia berkahwin dengan pelajarnya sendiri.
Dek kerana jarak usia mereka 22 tahun, segelintir netizen mendakwa isterinya, Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari berkahwin dengan DDNK kerana wang.
Bagaimanapun, tuan empunya badan telah pun menafikan tuduhan tersebut dan mengakui jatuh cinta pada suami selepas DDNK tidak berputus asa dan sanggup bertemu ibu bapanya.
Jelasnya, pada awal perkenalan dia tidak mengenali siapakah DDNK sehinggalah dia membuat carian di internet. Malah, sejak awal lagi sudah ramai yang mengata tentangnya dan DDNK.
Ketika ditemu bual majalah Pesona Pengantin, Ernie berkata dia memang menyukai lelaki yang kelakar dan ciri itu ada pada suaminya.
Saya suka dia sebab dia kelakar. Saya tak boleh, saya suka. Saya suka orang kelakar. Setiap kali kita berborak dia mesti buat ‘loyar buruk’ dia tu.”
@pengantinmy Pandai bergurau pula isteri DDNK ni. Comel je bila Datin Tuan Ernie kata DDNK ‘loyar buruk’! Tonton video penuh di Youtube dan FB Pesona Pengantin.