Nama Masakan Didakwa Tidak Sensitif, Maria Tunku Sabri Tiada Niat Persenda Kematian

Hiburan

Nama Masakan Didakwa Tidak Sensitif, Maria Tunku Sabri Tiada Niat Persenda Kematian

Bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri mengundang kecaman orang ramai gara-gara memuat naik video masakan menggunakan tajuk yang tidak bersesuaian. Netizen berpendapat tindakan pengacara dan personaliti TV itu akan mengguris hati ahli keluarga mangsa.

maria tunku sabri dikecam
4 years ago

Selit Kes Suami Tembak Isteri, Netizen Selar Tajuk Video Masakan Kurang Sensitif Maria Tunku Sabri

Advertisement

Ketika dihubungi Harian Metro, Maria Tunku Sabri menjelaskan dia menggunakan Instagram untuk berkongsi resepi dan berita terkini kepada pengikut. Katanya lagi, dia tiada niat untuk mempersendakan mangsa pembunuhan yang berlaku baru-baru ini.

Semalam, saya pun tak tahu yang hantaran saya itu tular. Namun, saya tak mahu melatah, jadi saya biarkan saja.

Selain berkongsi resipi di Instagram, saya juga berkongsi berita terkini yang berlaku ketika itu. Kebetulan, ketika saya muat naik hantaran itu, berita yang ada adalah mengenai isteri yang dipercayai dibunuh suaminya.

Menurutnya lagi, pengikutnya lamanya di Instagram sedia maklum mengenai sikapnya yang suka bergurau.

Kalau pengikut saya yang sudah lama mengikuti saya di Instagram, tentu mereka sedia maklum yang saya suka bergurau.

Namun, saya tegaskan di bahagian bawah kapsyen dalam hantaran itu saya tidak tujukan kepada sesiapa, sebaliknya berkongsi nasihat secara umum.

Berikutan video tersebut, Maria mengaku menerima pelbagai cemuhan daripada netizen. Ada yang sanggup menggunakan akaun palsu semata-mata untuk menulis komen negatif dan kasar.

Dia walau bagaimanapun menghantar pesanan mesej mendoakan agar mereka diberikan kesejahteraan dalam hidup. Dia juga telah bertindak menyekat akaun-akaun tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...