Selit Kes Suami Tembak Isteri, Netizen Selar Tajuk Video Masakan Kurang Sensitif Maria Tunku Sabri

Hiburan

Selit Kes Suami Tembak Isteri, Netizen Selar Tajuk Video Masakan Kurang Sensitif Maria Tunku Sabri

Umum mengetahui bahawa Maria Tunku Sabri sangat sinonim dengan dunia masakan. Menjadi sebutan ramai apabila menjadi pengacara rancangan ‘Jalan Jalan Cari Makan’ suatu ketika dahulu namun selebriti itu kini terus rajin memuat naik pelbagai video masakan di laman Instagram miliknya.

Bagi yang mengikutinya, pasti anda sedar bahawa Maria sering meletakkan tajuk resipi yang unik kerana menggabungkan nama masakan tersebut dengan berita semasa yang popular pada ketika itu.

Advertisement

maria tunku sabri dikecam

Walaubagaimamanpun, ramai yang menggeleng kepala apabila melihat tajuk terbaru resipi masakannya yang seperti kurang sensitif dan tidak sepatutnya dilakukan olehnya.

Malah ada yang kecewa memandangkan ini bukan kali pertama Maria menamakan masakannya dengan isu yang sensitif suatu ketika dahulu.

3 years ago

Dikritik Tidak Sensitif, Maria Tunku Sabri Namakan Menu Masakan 'Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan'

Pastinya ramai ada membaca kisah mengenai kisah seorang isteri yang dibunuh oleh suaminya sendiri dengan senapang angin sebelum dimasukkan ke dalam tong dan ditanam di sebuah ladang serai baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maria Tunku Sabri (@mariajjcm)

Selepas laporan berita tersebut Maria telah memuat naik sebuah video masakan dengan tajuk ‘Suami Tembak Isteri Sumbat Dalam Tong Sekali Dengan Sayur Campur Special’ sebelum menukarnya kepada ‘Sayur Campur Special Sedih Kes Suami Tembak Isteri Masuk Dalam Tong’.

Seorang cef influencer, Dee Dee di Instagram dilihat tidak mendiamkan diri dan mengkritik Maria kerana tidak sensitif dalam pemilihan tajuknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chef Deedee (@deedee_cooks)

Bahkan semua komen kritikan di video masakan tersebut didakwa telah dipadam oleh selebriti tersebut dan hanya komen positif sahaja yang dapat dibaca pada klip itu kini.

Menjengah ke ruangan entri Cef Dee Dee, rata-rata netizen turut mengkritik Maria kerana tergamak menggunakan tajuk sedemikian memandangkan ia mungkin akan membuatkan ahli keluarga mangsa sedih.

maria tunku sabri dikecam maria tunku sabri dikecam maria tunku sabri dikecam maria tunku sabri dikecam maria tunku sabri dikecam maria tunku sabri dikecam maria tunku sabri dikecam

Apa pendapat korang mengenai isu ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...