Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sudah Sediakan Segala Keperluan Keluarga Dengan Baik – Menantu Chef Wan

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai keretakan rumah tangganya bersama Serina Redzuawan termasuk pendedahan Chef Wan mengatakan beliau tidak memberikan nafkah kepada Serina, Gavin Edward O’Luanaigh akhirnya tampil memberikan penjelasan.

Advertisement

Menurut Gavin, beliau menyedari tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan sering memastikan perbelanjaan keluarganya mencukupi. Malah, beliau juga memberikan Serina kelonggaran untuk berbelanja mengikut kehendaknya sendiri.

Rumah tangga mereka musnah saat Serina membuat keputusan untuk berpindah dari rumah mereka dan seterusnya memfailkan penceraian pada Januari 2016.

Saya tidak kisah dengan semua perbelanjaan itu kerana ia adalah tugas saya untuk keluarga dan saya sedar mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk menyediakan semua keperluan dengan sewajarnya. Saya tidak tahu dan masih tidak faham mengapa dia meninggalkan saya kerana tidak diberitahu.

Pada masa yang sama, Gavin memberitahu beliau pada awalnya enggan membiarkan masalah rumah tangganya itu diketahui umum dan cuba untuk menyelesaikannya dalam diam. Baginya, perkara ini terlalu peribadi untuk di bicarakan dengan orang ramai.

Advertisement

Amat sedih apabila saya terpaksa menulis mengenai perkara ini secara terbuka kerana hasrat saya dan juga Serina adalah untuk menjaga perkara ini sebagai isu tertutup dan peribadi. Saya benar-benar berharap agar ahli keluarga yang mengharapkan perkara terbaik untuk anak dan cucu mereka supaya boleh bertanya kepada Serina dan saya sendiri dan bukannya menyatakan secara terbuka kepada dunia luar.

Gavin berharap agar pihak media dan orang ramai memberi ruang kepada keluarganya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top