Baru-baru ini, pelakon Mia Ahmad digosipkan sedang bercinta dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan, namun Mia akui hubungan mereka hanya sekadar teman dan tidak lebih daripada itu.
Walaubagaimanapun, masih ada yang tidak berpuas hati dan menyatakan mereka sememangnya bercinta. Jelas Mia, sepanjang tempoh perkenalan mereka selama setahun, beliau dan Izham hanya bertemu lima kali sahaja itu pun bersama rakan-rakan mereka.
Bukannya saya tidak keluar dengan orang lain, tetapi mungkin sebab dia seorang pemain bola sepak, perkara ini menjadi besar. Jujur, setakat ini, hubungan kami tidaklah serapat yang disangka, kami hanya berkawan.
Malah saya bertemu dengan dia juga tidak kurang daripada lima kali. Itu pun bukanlah merancang untuk keluar bersama, ia tak dirancang. Yang pasti setiap kali juga pasti bersama rakan-rakan.
Pada masa yang sama, Mia memberitahu beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin, cuma belum bertemu dengan jodohnya lagi.
Mia bersyukur meskipun umurnya sudah mencapai angka 27 tahun, keluarga beliau tidak mendesaknya untuk cepat-cepat mendirikan rumah tangga.
Ikutkan saya sendiri juga sudah bersedia, keluarga memang ada bertanya tentang ini. Tetapi tidaklah sampai mendesak saya untuk berkahwin. Bagi saya, kalau benar ada jodoh, pasti saya akan berkahwin juga .
Soal jodoh semuanya ketentuan takdir tapi kita kena lah usaha juga untuk mencari teman hidup yang boleh menerima diri kita seadanya. Ada tu jodoh buat Mia Ahmad cuma belum bertemu je..