Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mia Ahmad Bercinta Dengan Penjaga Gol JDT?

Pernah digosipkan bercinta dengan aktor Saharul Ridzwan, kini ada khabar angin menyatakan Mia Ahmad sedang rapat serta mempunyai hubungan istimewa dengan penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan, selepas Izham membuat kejutan hari jadi istimewa buat Mia di sebuah kafe terletak di Johor Bahru baru-baru ini.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Mia menafikan sedang bercinta dengan Izham dan mereka sekadar teman biasa sahaja.

Saya bukan hendak bersikap hipokrit apabila diajukan soal peribadi tetapi dakwaan kami sedang bercinta sama sekali tidak benar. Kami berdua hanya berkawan biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Pada Mia, orang ramai sengaja memperbesarkan kejutan hari jadinya itu hanya kerana ia dilakukan oleh pemain bola sepak pasukan terkenal.

Jelas Mia, jika benar mereka bercinta pasti Mia tidak akan menyembunyikan perkara berkenaan. Namun, Mia akui Izham merupakan seorang lelaki yang baik.

Saya kenal dia sebagai kawan biasa sahaja dan untuk mengenali hati budi masing-masing saya memang tiada masa kerana sibuk dengan kerjaya. Begitu juga dia. Pada saya dia seorang lelaki yang baik dan itu sahaja yang boleh saya katakan.

Kalau bercinta pun apa salahnya, lepas ni boleh la geng dengan Ayu Raudhah pula. Tak apa kalau Mia tidak mahu mengaku, kata orang mula-mula kawan siapa tahu ada jodoh nanti?

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top