Saya Sudah Dilamar Tapi Belum Bertunang – Siti Saleha

Hiburan

Saya Sudah Dilamar Tapi Belum Bertunang – Siti Saleha

Umum mengetahui pelakon cantik Siti Saleha sudah dilamar baru-baru ini oleh yang hanya dikenali dengan nama L. Ketika mereka berdua bercuti di Cancun, Mexico dan pada masa yang sama menghadiri perkahwinan rakan mereka disana.

Advertisement

Beberapa hari lepas, ada peminat yang menyangka beliau sudah bertunang apabila Siti Saleha memuat naik foto beliau dengan kekasih di Instagram dengan kapsyen “ Suicide Squad tonight with fiance.”

Tidak mahu peminat terus keliru dan salah sangka, Siti Saleha menerusi Harian Metro mengakui dirinya sudah dilamar tetapi masih tiada sebarang majlis pertunangan yang diadakan.

Jelas Siti Saleha, buat masa ini kedua-dua belah keluarga sedang berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis berkenaan.

Saya tidak mahu peminat terkeliru dengan penerangan di Instagram itu. Memang saya sudah dilamar tapi kami belum lagi mengadakan majlis pertunangan.

Apabila majlis pertunangan itu berlangsung nanti selesai barulah saya berkongsi segalanya. Buat masa sekarang biarlah keluarga kami berbincang terlebih dulu.

Ramai yang ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Siti Saleha bukan? Nampaknya anda kena bersabar sedikit kerana Siti Saleha akan mendedahkan setiap butiran mengenai kekasihnya itu selepas majlis pertunangan mereka yang direncanakan berjalan dengan lancar.

Biasalah kadang-kadang kapsyen di Instagram agak mengelirukan. Doakan sahaja setiap perancangan Siti Saleha dan kekasihnya untuk mempunyai satu ikatan yang halal berjalan dengan baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...