July 22nd, 2016

Akhirnya segala spekulasi mengenai Siti Saleha yang dilamar oleh kekasihnya ketika berada di Mexico terjawab apabila beliau memuat naik sebuah foto dengan kapsyen “I said yes!!!” di akaun Instagramnya.

Ini bermakna memang benar Siti Saleha bakal berkahwin dengan kekasihnya yang hanya dikenali sebagai L.

Instagram Siti Saleha juga penuh dengan ucapan tahniah daripada peminat yang sudah tidak sabar untuk menantikan perkahwinan artis pujaan mereka itu.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Siti Saleha dan pasangan. Semoga segala perancangan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Best kan dapat bercuti bersama insan tercinta dan tiba-tiba terima lamaran yang mengejut. Hehe..

Sumber Berita : Instagram Siti Saleha


Comments are closed.

Loading...