September 10th, 2015

Tumbukan yang dilemparkan oleh adik iparnya, Bil Azali telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang keadaan rumah tangga Asfan dan isterinya, Ain Sakinah. Pelbagai spekulasi timbul antaranya Asfan bermain kayu tiga, Asfan mengabaikan keluarga dan macam-macam lagi. Malah Bil Azali juga telah berpesan kepada Asfan agar bersikap sebagai seorang suami dan tidak berlagak bujang. Namun semua spekulasi itu telah pun ditepis oleh Asfan.

asfan

Enggan lagi status rumah tangganya menjadi perbualan ramai, akhirnya isteri Asfan iaitu Ain Sakinah tampil memberi penjelasan. Memahami tindakan adiknya, Ain Sakinah memaklumkan yang dirinya dan suami telah bersetuju untuk melupakan kisah lama. Kata Ain Sakinah:-

Rumah tangga mana yang tak bermasalah? Asfan pun sudah berjanji untuk tidak mengulanginya. Saya juwa perlu bertanggungjawab terhadap keluarga. Tiga tahun berkahwin memanglah bukan tempoh lama. Hakikatnya, membina rumah tangga bukan semudah disangka. Ketika hendak berkahwin dulu pun bukannya senang. Hanya kami berdua yang tahu cabarannya. Masing-masing perlu berkorban.

Saya sebagai kakak memahami tindakan Bil. Kami rapat dan dia sayangkan saya. Tetapi apa yang bermain di fikiran Bil ialah kejadian sebelum ini. Macam sekarang saya dan suami memilih untuk melupakan kisah lama. Saya ada menghubungi Bil dan bertanyakan perkara sebenar. Ketika insiden menumbuk itu, saya tiada di tempat kejadian.

Dalam perkahwinan ini, jika terus hendak bercerai apabila timbulnya sesuatu masalah, ia bukanlah jalan pintas. Pernikahan satu ikatan suci. Ia bukan setakat janji antara suami isteri, tetapi lebih daripada itu dan ia juga janji kepada Allah. Jika saya sendiri boleh maafkan suami, saya harap orang lain di luar sana boleh ambil pendekatan berdiam diri dan tidak mencampuri urusan ini.

Hormatilah keputusan ini kerana ia pilihan bersama kami demi kebaikan bersama. Di sebalik apa yag terjadi, kami tidak boleh mementingkan diri. Kami ada anak untuk dibesarkan. Mengenai isu orang ketiga pula, andai ia wujud, saya harap wanita di luar sana akan menghormati saya. Kepada mana-mana yang pernah ada kaitan dan teringin nak ada kaitan dengan Asfan, saya rasa lebih baik tak payahlah buat demikian.

Penuh kematangan dan kejujuran sungguh kata-kata Ain Sakinah ini. Beruntung sungguh Asfan mendapat seorang isteri sebegini. Adat perkahwinan memanglah ada gaduh. Ia terpulang kepada kita untuk menyelesaikannya. Kalau masing-masing ego, sampai ke sudah akan bermasam muka. Sebelah pihak kenalah mengalah dan memikirkan masa depan keluarga. Respek kepada Ain Sakinah kerana sudi memaafkan suami dan melupakan kisah silam. Bukan semua wanita yang boleh buat sebegitu. Semoga selepas ini Asfan dan keluarga akan terus berbahagia di samping anak-anak tercinta. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...