Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Apabila Sudah Bergelar Suami, Jangan Berangan Macam Orang Bujang – Pesan Bil Azali Kepada Asfan

Pergh. Pedas sungguh kata-kata Bil Azali yang ditujukan kepada abang iparnya, Asfan ini. Semua orang tahu yang Bil telah pun menumbuk Asfan di KLIA baru-baru ini kerana mendakwa kakaknya (yang merupakan isteri Asfan) diabaikan serta tidak bahagia di samping penyanyi itu. Namun semalam Asfan memaklumkan yang walaupun dirinya tidak sekaya mana, namun dia memberikan yang terbaik dan tidak mengabaikan keluarganya. Sekali sekala berlaku perselisihan faham adalah perkara biasa dalam kehidupan berumah tangga.

bil azali

Bil Azali

Enggan dipersalahkan, Bil Azali tampil memperjelaskan tindakannya itu. Menurut Bil, dia mempunyai bukti yang sahih dan saksi perbuatan Asfan yang telah mengabaikan isteri dan anak-anak. Kata Bil:-

Advertisement

Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka.

Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram.

Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah.

Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari.

asfan

Masing-masing ada versi cerita yang tersendiri. Yang tahu versi sebenar hanyalah mereka yang terlibat. Kalau boleh, biarlah masalah ini diselesaikan secara bersemuka tanpa melibatkan media. Hal-hal keluarga ini tak perlulah dikecohkan. Yang malu bukan orang lain, diri kita jugak. Lebih baik duduk bincang elok-elok. Tak perlu nak keluar kenyataan sana sini. Apa kata anda? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top