Saya & Stacy Sudah Bercinta Selama 3 Tahun – Akim Ahmad

Hiburan

Saya & Stacy Sudah Bercinta Selama 3 Tahun – Akim Ahmad

Eh, 3 tahun? Selama ini Abang Nara ingat Akim Ahmad dan Stacy Angie dah bercinta lebih dari 5 tahun. Iyerlah, masing-masing memang dari dulu rapat. Sering keluar bersama, sering muatnaik gambar di Instagram dan macam-macam lagi. Malah ada peminat yang seolah-olah menganggap Akim dan Stacy sudah bercinta walaupun sebelum pengakuan dilakukan oleh Akim baru-baru ini. Memang dah nampak macam ‘forever’ dah diorang berdua nie.

akim ahmad dan stacy

Advertisement

Rupa-rupanya percintaan mereka telah berputik baru 3 tahun. Ia satu jangka masa yang agak lama sebenarnya cuma berbanding dengan tanggapan orang ramai, boleh dikatakan agak baru. Pastinya ramai peminat berharap agar mereka berdua bersatu sebagai suami isteri. Namun kerana perbezaan agama, ia agak sensitif untuk diperkatakan sekarang ini. Kata Akim:-

Kami sudah kenal rapat dan menjalinkan hubungan cinta untuk tempoh tiga tahun. Apa salahnya saya mengorak satu langkah ke hadapan apabila perasaan bersedia itu datang dalam diri saya.

Malah Stacy sendiri pun tidak tahu menahu yang saya membuat keputusan untuk membuat kenyataan berkenaan. Tapi dia ada juga berkongsi dengan saya yang beberapa pihak menghubunginya untuk bertanyakan perihal perkara itu.

Saya tak nak letakkan beban dalam percintaan kami. Sebarang keputusan yang diambil oleh Stacy biarlah atas kehendak dan kerelaan dia sendiri. Lagipun isu agama ini begitu sensitif dan saya tak nak paksa dia.

Buat masa sekarang saya hanya memohon doa serta menyerahkan kepada Allah ialah mana tahu jika ada rezeki kita dapat saudari baru dalam Islam.

Kepada yang menyokong kami, doakan yang terbaik buat kami berdua.

stacy

Insya Allah kalau kita pasang niat yang baik, pasti akan dipermudahkan olehNya. Sambil-sambil tue bolehlah ajar Stacy apa yang patut. Satu hari nanti pasti akan terbuka hati. Abang Nara yakin ramai yang tak sabar nak lihat anda berdua di atas pelamin. Stacy dan Akim memang satu pasangan yang comel dan sepadan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...