Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Akim Ahmad Akui Sedang Bercinta Dengan Stacy

Akhirnya setelah sekian lama berteka-teki, malu-malu kucing dan tidak meluahkan isi hati secara terbuka, pagi tadi Akim Ahmad telah membuat pengakuan tentang perasaannya terhadap Stacy. Umum mengetahui yang mereka berdua memang rapat namun sehingga ke hari ini apabila ditanya status mereka, jawapan yang diberikan hanyalah ‘kawan rapat’. Namun itu semua telah berubah apabila Akim Ahmad mengakui wujud perasaan cinta dalam dirinya terhadap Stacy.

akim dan stacy

Advertisement

Ini adalah kata-kata yang diluahkan oleh Akim ketika ditemuramah di Johara Pagi Era:-

Saya sebenarnya dengan Stacy ni memang kitorg rapat dan memang sangat rapat dan saya boleh katakan perasaan itu adalah perasaan cinta. Alhamdulillah, perasaan itu saya dapat rasakan dan dia pun dapat rasa kan dan semoga hubungan kami dapat restu dari semua orang dan saya harap Stacy akan terbuka hati satu hari nanti

 


Tahniah diucapkan kepada Akim dan Stacy. Baguslah tahun 2015 masing-masing dah mengaku perasaan masing-masing. Rasanya semua orang pun suka dengan anda berdua. Semua pun akan merestui percintaan anda. Semoga ia akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama