“Saya Sikit Pun Tak Kisah” – Minta Jangan Ganggu, Bekas Isteri PU Abu Pula Dituduh Cemburu?

Hiburan

“Saya Sikit Pun Tak Kisah” – Minta Jangan Ganggu, Bekas Isteri PU Abu Pula Dituduh Cemburu?

Terdahulu, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan bersama isterinya, Ain ‘Afini Latif telah membuat siaran langsung ‘Live’ di aplikasi TikTok menolak dakwaan yang didedahkan oleh bekas isterinya, Hana Azra.

Susulan itu, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir pula menjadi sasaran netizen yang mendakwa dia bertindak demikian kerana cemburu melihat kebahagiaan bekas suami dan isteri.

Advertisement

Tampil memberi respon, usahawan itu mengakui hanya tergelak apabila membaca komen netizen yang dianggap tidak mengetahui situasi sebenar.

Netizen cakap saya cemburu sebab bekas suami update gambar sweet dengan isteri dia. Saya nak tergelak.

Menurut Hana, isu cemburu ini bermula apabila dia bergambar bersama seorang kenalan yang menghantarnya di KLIA sebelum berangkat ke Makkah pada 25 Oktober lalu.

Kawan hantar saya. Jadi ada yang bergambar dengan kami dan tag kami berdua kemudian saya repost di Instagram.

Jelasnya lagi, sebelum itu tidak ada sebarang hantaran ‘sweet’ antaran bekas suami dan isterinya namun selepas sehari tiba di Jeddah, PU Abu memuat naik gambar mesra bersama ‘bidadarinya’.

Bukan itu sahaja, gambar yang diambil bersama kenalan di KLIA itu kemudiannya dihantar oleh PU Abu kepada ibu Hana.

Mak saya ada banyak lagi benda atau masalah dia nak fikir, orang tua kan? Faham-faham sahajalah. Tapi dia macam tak boleh fikir ke bila dia buat macam tu?

Tambahnya, dia turut kecewa dengan bekas suami kerana memutar belitkan perkara sebenar kononnya menghantar mesej kepada ibu Hana atas urusan anak lelaki mereka, Mateen.

Dia pandai putar belit pada netizen nak tutup perbuatan dia, cakap tanya pasal Mateen. Baik, tapi persoalannya kenapa hantar gambar saya dan kawan pada mak saya?

Dalam pada itu, Hana menjelaskan dia sedikit pun tidak mempunyai perasaan cemburu melihat kemesraan PU Abu bersama isteri sebaliknya gembira dan bersyukur dengan kehidupan mereka.

Nak sweet-sweet ke, nak apa-apa ke dengan bidadari tu silakan. Itu hak dia. Tapi janganlah pula buat kenyataan seolah-olah saya pula yang cemburu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Kat Hotel Tu Ada Sepupu Saya" - PU Abu Nafi Masih Ganggu Bekas Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...