“Kat Hotel Tu Ada Sepupu Saya” – PU Abu Nafi Masih Ganggu Bekas Isteri

Hiburan

“Kat Hotel Tu Ada Sepupu Saya” – PU Abu Nafi Masih Ganggu Bekas Isteri

Sebelum ini, bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa telah memuat naik hantaran di Instagram Stories mendakwa dia dan keluarga masih diganggu oleh bekas suaminya.

Menerusi hantaran tersebut, Hana memaklumkan dia telah lama mendiamkan diri mengenai isu ini namun menganggap bekas suaminya itu sudah melampau dan tidak teragak-agak untuk membongkarkan perkara sebenar.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Hana turut mendakwa PU Abu telah datang di bawah hotel yang didiaminya ketika sedang mengerjakan ibadah umrah dan kebetulan bekas suaminya itu turut berada di sana.

Tampil memberi penjelasan, PU Abu bersama isterinya, Ain ‘Afini Latif membuat siaran langsung di aplikasi TikTok dengan menolak dakwaan mengenai Hana.

Saya tak jumpa dia, saya datang ke hotel yang mana hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel.

Jelasnya lagi, dia bukan datang ke hotel untuk berjumpa Hana, sebaliknya ingin bertemu dengan sepupunya yang tinggal di hotel sama dengan bekas isterinya itu ketika berada di Tanah Suci.

Saya nak bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan.

Dalam pada itu, PU Abu mengakui ada menghubungi ibu Hana baru-baru ini tetapi atas urusan anak lelakinya, Mateen memandangkan dia sedang berada di Madinah atas tuntutan kerja.

Yang mesej dia tunjuk dekat media sosial tu dah lama, seminggu yang lalu cuma baru discreenshot dan dihantar kepada dia oleh kakak dia.

Malah, PU Abu turut memohon maaf sekiranya hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya tidak disenangi dan dianggap mengaibkan mana-mana pihak.

@beritahairanmy

PU Abu beri penjelasan tentang dakwaan masih kacau Hana Azra (bekas isteri) #beritahairan #puabu #bekasisteri #gilatalak

? original sound – Berita Hairan – Berita Hairan

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

“Dalam IG Bukan Main Julang Bidadari Syurga Dia" - Bekas Isteri Dakwa Masih Diganggu PU Abu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...