“Saya Sihat Dan Baik-Baik Sahaja” – Khadijah Ibrahim Didakwa Sudah Meninggal Dunia

Hiburan

“Saya Sihat Dan Baik-Baik Sahaja” – Khadijah Ibrahim Didakwa Sudah Meninggal Dunia

Penyanyi legenda Dato’ Khadijah Ibrahim tidak terkejut dengan berita daripada sebuah portal yang memberitahu dia meninggal dunia, semalam. Khadijah atau lebih mesra disapa ibu Khaty berkata perkara sebegitu sering terjadi.

Irwansyah
9 bulan lalu

Kecoh Irwansyah Dilaporkan Sudah Meninggal Dunia, Rupa-Rupanya...

Advertisement

Penyanyi berusia 62 tahun itu berkata dia telah mendapat banyak panggilan telefon serta mesej daripada rakan-rakan artis yang terkejut dengan berita tentang kematian dirinya.

Khadijah Ibrahim

Khadijah memberitahu pemberita sering tidak memikirkan kesahihan tentang sesuatu berita dan terus menulisnya tanpa usul periksa. Pada masa sama, ibu Khaty berasa kelakar dengan situasi tersebut.

Tak baguslah buat berita sebegitu, keluarga saya sendiri ada yang terkejut dan menangis-nangis menelefon saya. Tak baik sebarkan benda yang tidak betul, lagi pula berita tentang kematian bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Ku Gembira Disampingmu itu bagaimanapun bersyukur kerana masih ramai lagi peminat yang masih menyayangi dirinya sebagai seorang penghibur.

Moga-moga berita sebegitu membuatkan lebih ramai orang mendoakan saya supaya panjang umur.

Advertisement

Info tambahan, sebuah artikel telah menulis berita tentang Khadijah Ibrahim telah meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang semalam di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana masalah komplikasi buah pinggang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. hakak

    October 23, 2021 at 12:01 pm

    yang meninggal tu balu kepada arwah ustaz fadzil mohd noor.. nama dia pun khatijah ibrahim..

  2. Anonymous

    October 22, 2021 at 5:43 pm

    semoga mkcik ni dberi hidayah utk pakai tudung.. tua dah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...